Friday, December 28, 2007

RAMALAN MIMPI

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Assalamualaikum kepada pengunjung yang dihormati sekelian,

Di hari baik,yakni penghulu segala hari ni,ingin sekali ana berkongsi ilmu dengan para pengunjung berhubung dengan ramalan mimpi yang mungkin pernah kita alami seharian.

Untuk pengetahuan pengunjung sekelian,artikel ramalan mimpi ini di petik dari kitab karangan ulama dahulu kala dan telah di perbaharui susunan bahasanya oleh ABU AN-NAIM.

Sebelum itu,adalah di ingatkan bahawa mimpi itu terdapat 3 jenis iaitu:
i.Mimpi hasil dari apa yang di angan2kan pada siang hari.
ii.Mimpi semasa menanggung hadas besar(berjunub)
iii.Mimpi bagi raja2,menteri2 atau pegawai2 yang zalim.

khaifiat bagi mendapatkan mimpi rahmani(mimpi yang boleh ditakbirkan)ialah:
1.Ketika hendak tidur hendaklah mengambil air sembahyang.
2.Juga membaca Al-fatihah dan ayat 3 Qul.
3.Kemudian membaca 'SUBHANNALLAHI WAL HAMDULILLAHI WALAA ILAAHA ILLALLAAHU WALLAAHU AKHBAR WALAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAAHIL 'ALIYYIL'AZIM.
4.Bersalawat 7 kali.
5.Membaca doa ini 7 kali 'ALLAHUMMAGHFIRLI ZUNUUBII WALIWAALIDAIYA WALIJAMII'ILMUSLIMIINA WAL MUSLIMAATI WALMU'MINIINA WALMU'MINAATI AL AHYAA'I MIHUM WAL AMWATS'.*Jika seseorang itu mendapat takbir mimpinya tidak baik(akan berlaku keburukan)@malapetaka kepadanya,maka hendaklah segera bermohon kepada ALLAH semoga perkara tersebut tidak jadi berlaku.

ABU BAKAR
1.Bermimpi berjumpa @melihat Khalifah Saiyidina Abu Bakar @ lain2 sahabat empat.
Alamatnya:
i.Akan menjadi orang besar@menjadi zahid@pendita@orang alim.
ii.Banyak hamba ALLAH akan berbuat amal ibadat dan raja di dalam negeri yang adil.
AIR
2.Bermimpi melihat air sungai keadaanya jernih.
Alamatnya:Terlepas daripada dukacita.

3. Bermimpi melihat air sungai keruh.Alamatnya:Akan bertapa@Bersunyi2
4. Bermimpi sungai tiada berair Alamatnya: Penduduk dlm negeri akan di timpa penyakit.
5. Bermimpi telaga banyak airnya Alamatnya: Akan menjadi Penghulu @ ketua dan murah rezeki.
6. Bermimpi di dalam sungai yang airnya mengalir sangat deras Alamatnya: Akan berpindah@berhijrah ke negeri lain.
7. Bermimpi minum air sungai Alamatnya: Akan mendapat ilmu pengetahuan.
8. Bermimpi air sungai@air laut menjadi tawar @masin Alamatnya: Akan terlepas daripada bahaya.
9. Bermimpi air laut@sungai menjadi najis.Alamatnya: Akan mendapat rezeki@isteri yang kaya.
10. Bermimpi mengambil air sembahyang.Alamatnya: Segala pekerjaan beroleh kejayaan.
11. Bermimpi minum air zamzam.Alamatnya: Mendapat kesejahteraan di dunia&akhirat.
12. Bermimpi air pasang surut sentiasa berlaku.Alamatnya: Rezeki sentiasa mendatang.
13. Bermimpi air laut bercampur darah.Alamatnya:Bahaya akan menimpa di dalam negeri.
14. Bermimpi tubuh@kepala di renjis air mawar.Alamatnya: Akan mendapat harta yang halal&kebajikan.
15.Bermimpi air liur bercampur dengan kahak.Alamatnya:
i.Akan kehilangan harta
ii.Bercakap dusta@dengan orang yang dusta.

ALLAH
16. Bermimpi melihat Allah s.w.t. dgn keadaan "Laisa kamithlihi sya'un @ tiada sesuatu yang menyamainya".Alamatnya: Akan menjadi wali,mendapat darjat kebesaran dunia&akhirat.

ANGIN
17. Bermimpi angin bertiup dengan kencangnya sehingga banyak benda2 berterbangan.Alamatnya:Bala akan menimpa dalam negeri.
18. Bermimpi terjadi angin ribut beserta hujan dan gerhana.Alamatnya:
i.Musuh akan datang
ii.Orang2 besar akan mati@raja2(ketua2) dalam negeri bersikap zalim.
19. Bermimpi angin sepoi2 bahasa.Alamatnya: Akan mendapat kebaikan di dalam pekerjaan@pergaulan.
20. Bermimpi makan apam.Alamatnya: Akan mendapat harta&dikasihi orang.
21. Bermimpi makan apam bersama2 raja@pembesar2 negeri lain.Alamatnya:Cita2&hajatnya akan berjaya.
22. Bermimpi menjual apam @kuih2.Alamatnya:Rezeki@pendapatannya berkurangan.

API
23. Bermimpi api membakar rumahnya.Alamatnya:Mendapat fitnah@dukacita.
24. Bermimpi makan api.Alamatnya: Akan mendapat isteri yang susah tetapi bijaksana.
25. Bermimpi mencium bau api.Alamatnya: Akan mengerjakan pekerjaan yang sukar&dibenci orang.
26. Bermimpi melihat cahaya api menjulang tinggi.Alamatnya:Akan lanjut usia.

ARAK
27. Bermimpi minum arak.Alamatnya:Akan mendapat harta.

'ARASY
28. Bermimpi melihat 'arasy&kursi.Alamatnya:Akan mendapat pangkat&kebesaran;jika keturunan raja menjadi raja;usianya lanjut dan beroleh kesukaan dunia&akhirat.
ASAM
29. Bermimpi makan asam @benda masam.Alamatnya:Akan ditimpa sakit@kedukaan.
AWAN
30. Bermimpi awan melindungi diri kita.Alamatnya:Akan mendapat keuntungan yang banyak.
AYAM
31. Bermimpi melihat ayam sabungan.Alamatnya:Akan mendapat anak lelaki@bersahabat dengan orang yang berbudi.
32. Bermimpi di bawah rumahnya didapati ayam dengan banyaknya.Alamatnya:Akan beroleh khadam yang baik.
33. Bermimpi membelah daging ayam.Alamatnya:Akan mendapat kebajikan.
34. Bermimpi memegang telur ayam.Alamatnya: (sama spt.no.33)
35. Bermimpi makan daging ayam.Alamatnya: Akan mendapat wang.
36. Bermimpi bermain2 dengan ayam.Alamatnya:Bersahabat dengan orang yang khianat@pendusta.
37. Bermimpi menyabung ayam.Alamatnya:Akan berkelahi,jika menang alamat mendapat kebaikan.
BABI
38. Bermimpi melihat babi@anak babi.Alamatnya:Akan melakukan kezaliman.
39. Bermimpi bersentuh mailto:babi@tahinya.%20Alamatnya:%20Mendapat fitnah@di hina orang.
40. Bermimpi membunuh babi.Alamatnya:Akan naik haji@mendapat pahala haji.
41. Bermimpi makan daging babi.Alamatnya:Akan mendapat harta haram.
BAJU
42. Bermimpi bajunya carik@koyak.Alamatnya:Akan berlaku kematian dari kalangan keluarga@saudara-mara.
BAKAR
43. Bermimpi rumahnya(atau sebahagian daripadanya)terbakar.Alamatnya:Lihat no.23.
BATU
44. Bermimpi melihat banyak batu2 kecil.Alamatnya:Terlepas daripada dukacita.
BAYAN
45. Bermimpi burung bayan datang kepadanya.Alamatnya: mendapat isteri&emas.
BELALANG
46. Bermimpi melihat belalang.Alamatnya: Akan didatangi musuh@seteru.
BELAYAR
47. Bermimpi belayar@berjalan jauh.Alamatnya: Akan dipermuliakan orang&segala perkataannya dituruti.Juga akn mendapat keuntungan besar.
BELIT
48. Bermimpi dibelit ular.Alamatnya: Akan mendapat isteri@suami jika perempuan.
BERAK
49. Bermimpi berak@buang air besar.Alamatnya: Akan sembuh daripada sakit,atau menerima kerugian.
BERHALA
50. Bermimpi membuat berhala@menyembahnya.Alamatnya: Derhaka kpd Allah hendaklah segera bertaubat.
BERENANG
51. Bermimpi berenang di dalam sungai ataupun di dalam laut.Alamatnya: Akan gagal pekerjaannya.
52. Bermimpi berenang tiada boleh@lalu di tempat yang sangat sukar.Alamatnya: Akan mendapat harta ataupun ilmu.
BERNIAGA
53. Bermimpi berniaga.Alamatnya: Akan mendapat kebaikan atau kejayaan didalam pekerjaannya,mendapat keuntungan yang besar.
BIDADARI
54. Bermimpi melihat bidadari.Alamatnya: Dapat pangkat atau darjah kebesaran.
BINATANG
55. Bermimpi bercakap dengan binatang.Alamatnya: Akan menjawat jawatan raja@ orang besar2.
56. Bermimpi membunuh binatang.Alamatnya: Dapat kecelakaan.
57. Bermimpi melihat binatang gemuk2.Alamatnya: Kemakmuran dalam negeri,(jika binatang kurus2,alamat makanan dalam negeri susah).
58. Bermimpi di sengat binatang bisa.Alamatnya: Akan ditimpa dukacita.
59. Bermimpi mengiringi binatang liar.Alamatnya: Akan lanjut usianya;atau dapat kekayaan.
60. Bermimpi binatang jatuh ke atas ribanya atau rumahnya atau masuk ke dalam rumahnya.Alamatnya: Mendapat kekayaan atau anak atau cucu yang soleh.
BIRI-BIRI
61. Bermimpi menyembelih biri-biri atau kambing.Alamatnya: Akan mendapat kemenangan Atau keuntungan.
BUAH
62. Bermimpi melihat buah-buahan.Alamatnya: Akan mendapat keuntungan dan rezeki yang halal.
63. Bermimpi melihat buah kayu.Alamatnya: Akan ditimpa dukacita.
BUAYA
64. Bermimpi melihat buaya.Alamatnya: Dikhianati oleh seteru musuh.
BUDAK
65. Bermimpi melihat budak(kanak-kanak).Alamatnya:Akan beristeri(jika perempuan bersuami);atau beranak muda.
BUKIT
66. Bermimpi naik ke atas bukit lalu duduk di atasnya.Alamatnya: Akan mendapat kekayaan dan pangkat.
67. Bermimpi melihat bukit atau tanah yang tinggi.Alamatnya: Akan beroleh kesentosaan dan terlepas daripada dukacita.
BULU
68. bermimpi mencabut atau mencukur bulu ketiak.Alamatnya: Terlepas daripada berhutang.
69. Bermimpi bulu ketiaknya atau rambutnya banyak.Alamatnya: Berada dalam kesentosaan.
BUNGA
70. Bermimpi menanam bunga.Alamatnya: Dikasihi oleh orang.
71. Bermimpi mencium bau bunga.Alamatnya: Mendapat kebaikan dan dikasihi orang
72. Bermimpi memetik atau mendapat bunga.Alamatnya:Akan mendapat anak perempuan.
BUNUH
73.Bermimpi dirinya dibunuh orang.Alamatnya:
  (i) Akan pulang ke negerinya.
  (ii) Panjang umur dan dapat keuntungan besar.
74.Bermimpi membunuh babi.Alamatnya:(Lihat no. 40)
75. Bermimpi membunuh tikus.Alamatnya:( Sama spt no.40 juga)
76. Bermimpi makan daging burung.Alamatnya:( Sama spt no.35)
77. Bermimpi burung hantu berbunyi di rumahnya.Alamatnya: Akan kematian keluarga.
78. Bermimpi burung hantu berbunyi di dalam hutan.Alamatnya: Kata2nya akan diikuti orang.
79. Bermimpi makan daging burung hantu.Alamatnya:Akan mendapat harta.
80.Bermimpi menangkap merak@ burung itu sendiri datang kepada kita.Alamatnya: Akan menjadi kaya
      @ mendapat anak lelaki.
81. Bermimpi burung  bayan datang kepada kita.Alamatnya: ( Lihat no.45 )
82. Bermimpi burung merak @ merpati banyak datang kepada kita.Alamatnya: Akan mendapat khadam @
      pekerja.
83. Bermimpi burung gagak datang kepada kita.Alamatnya: mendapat harta.
84. Bermimpi burung terbang ke rumah kita kemudian ke rumah orang lain.Alamatnya:Akan mendapat
      sukacita.
85. Bermimpi menangkap burung berwarna putih @ ia sendiri datang kepada kita.Alamatnya:
      Akan mendapat isteri.
86. Bermimpi mencari burung.Alamatnya: Akan bertapa dan mendapat keuntungan besar.

3 comments:

ana samsiah said...

Apa maksud mimpi tikus berak dlm beras?

arul said...

maaf saudari..belum jumpa kenyataan mimpi tersebut,insyaAllah akan updated blog dari semasa ke semasa..

nani bby said...

Apa mksud bmimpi dipinang anak raja?