Friday, October 19, 2012

Tambahan Ramalan Mimpi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

ANGIN
Bermimpi angin barat.
Alamatnya:Seteru atau musuh akan datang,tetapi dapat ditewaskan dan keamanan negara tidak terjejas.
Bermimpi angin bertiup dengan keras menyebabkan pokok2 kayu tumbang.
Alamatnya:Ada orang bertikam.
Bermimpi angin puting-beliung berputar2.
Alamatnya:Sembuh daripada penyakit.
API
Bermimpi diri masuk ke dalam api.
Alamatnya:Ajal akan sampai.
BANTAL
Bermimpi membuat bantal atau sebagainya.
Alamatnya:Akan mendapat keuntungan dan kebaikan barang yang dikerjakan.
BINA
Bermimpi membina rumah yang tinggi.
Alamatnya:Akan mendapat kejayaan yang besar dalam hidup terutama dalam bidang pelajaran,perniagaan atau sebagainya.
BOLA
Bermimpi bermain bola.
Alamatnya:Akan gagal atau sia2 apa yang dikerjakannya.
BINTANG
Bermimpi bintang turun ke rumahnya.
Alamatnya:Akan beroleh anak yang soleh atau kekayaan dan dikasihi orang.
BULAN
Bermimpi bulan jatuh ke riba atau masuk ke lengan bajunya.
Alamatnya:Akan mendapat kekayaan dan keuntungan atau mendapat tuah yang baik.
CUMBU-CUMBUAN
Bermimpi bercumbu2an dengan perempuan kebanyakan.
Alamatnya:Jahat pekertinya,(hendaklah bertaubat kepada Allah)
GELAP
Bermimpi suasana dalam negeri gelap-gelita
Alamatnya:Pembesar negeri seperti Raja,menteri,Ketua2 Agama atau lain2 akan mati.
GEREJA
Bermimpi masuk ke dalam gereja.
Alamatnya:Derhaka kepada Allah(segeralah bertaubat kepada Allah)
FAKIR
Bermimpi melihat orang fakir atau miskin.
Alamatnya:Akan mendapat rahmat atau kurnia daripada Tuhan.
EMAS
Bermimpi dapat emas.
Alamatnya:Gagal dalam pekerjaan.(Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersedekah kepada fakir miskin,mudah-mudahan mendapat pertolongan dariNYA).
HISAB
Bermimpi amalannya dihisab(dikira) oleh Allah s.w.t pada hari Qiamat.
Alamatnya:Mendapat kesentosaan dan kemenangan di dunia dan akhirat.
GULA
Bermimpi makan gula.
Alamatnya:Akan mendapat sukacita.
JUDI
Bermimpi bermain judi.
Alamatnya:Derhaka kepada Tuhan(segeralah bertaubat).
JANGGUT
Bermimpi janggutnya panjang.
Alamatnya:Akan bertapa atau perbuatan yang menyamainya.
KALA
Bermimpi disengat kala atau lain2 binatang yang berbisa.
Alamatnya:Akan berdukacita.
KAPAL
Bermimpi belayar naik kapal.
Alamatnya:Akan mendapat penghormatan dari orang ramai,menjadi ketua dan barang katanya diikuti orang.
KELAMBU
Bermimpi masuk ke dalam kelambu.
Alamatnya:Akan dimuliakan orang.
KUDA
Bermimpi bermain-main dengan kuda.
Alamatnya:Bersahabat dengan orang yang dusta.
KUDIS
Bermimpi berkudis,puru atau berdarah.
Alamatnya:Beroleh harta,isteri atau anak.
KAPAL
Bermimpi naik kapalterbang.
Alamatnya:Dapat ilmu pengetahuan dan beroleh kebajikan.
KERETAPI
Bermimpi naik keretapi atau kereta biasa.
Alamatnya:Akan menjadi ketua yang dihormati dan disayangi oleh orang ramai.
LANGGAR
Bermimpi dilanggar kereta.
Alamatnya:Akan terlepas daripada bahaya.
LIPAN
Bermimpi digigit lipan.
Alamatnya:Akan beroleh dukacita.
MASJID
Bermimpi masuk ke dalam masjid.
Alamatnya:Hidup diredhai Tuhan kerana menaruh minat di bidang agama,mendapat kejayaan di dalam perjuangannya.
MATI
Bermimpi berjumpa orang mati.
Alamatnya:Akan beroleh kesusahan atau berkelahi dengan orang; ataupun beroleh harta tanpa bekerja.

Bermimpi berjumpa ibu bapa atau salah satu dari keduanya yang telah mati.
Alamatnya:Jika keadaan mereka gembira atau suka kepada kita maka kita akan mendapat kebaikan atau berjaya dalam hal yang sedang atau akan kita tempuhi.Demikianlah sebaliknya.